Yang Dipertua Dewan Rakyat Pandikar_Amin_Mulia

Pada 2008, Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga dari Malaysia Timur terpilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.[4][5]

Pada 2013, Pandikar Amin Mulia terpilih sekali lagi sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 pada 25 Jun 2013.Beliau mengalahkan bekas Hakim Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman - (89 undi). Abdul Kadir adalah calon dari pembangkang. Datuk Roosme Hamzah selaku Setiausaha Dewan Rakyat mengumumkan perlantikan tersebut yang dipilih menerusi kaedah undi bersurat.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ismail Mohamed menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang pindah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pandikar_Amin_Mulia http://161.139.39.251/akhbar/cabinet.off/1999/bh99... http://pamin89.blog.com/2006/12/ http://themalaysianinsider.com/mni/mps-urged-to-fo... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Nati... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... https://books.google.com.my/books/about/20_perkara... https://web.archive.org/web/20080501173244/http://...